Setiap kejayaan akan berhasil dengan usaha dan cara yang betul. Bagaimana kita hendak mencapai satu satu kejayaan?,adakalanya kita lihat seseorang itu mencapai kejayaan apabila dia terlibat dalam sesuatu tidak di rancang pada mulanya.Namun bila ini terjadi, dia menerima dengan hati yang terbuka dan meneruskannya dan akhirnya tibalah sebuah kejayaan.
Dalam satu perbincangan bual bual berisi dengan seorang rakan di sebuah kedai kopi,kami bercerita mengenai bagaimana kita hendak menerima sesuatu perkara dengan cara yang positif dan nilai tambahnya ialah menguatkan tauhid kita kepada Allah. Memang dalam kehidupan kita adakalanya ada sesuatu yang datang secara tiba-tiba yang pada mulanya kita tidak rancang ataupun juga mengenai kehidupan kita yang tidak seindah dan semudah orang lain.Namun jika kita fikir dan renungkan apakah maknanya semua itu datang kepada kita,kita akan memandangnya dengan penuh jiwa yang tenang.Kita juga boleh berfikir bahawa di setiap masalaah dan kelemahan akan datang satu kejayaan,dan ada sesuatu yang Allah nak beri atau lindungi kita.
Contohnya jika kita tidak di kurniakan dengan kekayaan maka kita boleh fikir bahawa jika kita di berikan dengan nikmat tersebut kita akan kufur dan sombong dengan nikmatnya.Sebenarnya setiap manusia telah di berikan jalan sendiri oleh Allah dalam kehidupannya mengikut kesesuaian manusia itu sendiri. Maknanya jika manusia itu tidak sesuai jika kaya,maka di bukakanNya jalan lain untuk manusia tersebut.Begitulah adilnya Allah kepada mahluknya.