Kehidupan

Kehidupan perlu di teruskan..kadang-kadang kita tak menyangka perkara yang kita pernah alami dan kita jalani sebelum ini akan kita tinggalkan,dan kita merinduinya..Perkara yang membuat kita berfikir bahawa kehidupan ini memang seperti yang biasa kita dengar adalah seperti sebuah roda. Ada masanya kita akan merasa sedih,kecewa dengan hidup,putus asa,dan ada masanya kita tak merasa apa-apa dengan kehidupan kita..kekosongan yang melanda hidup. Ya perjalanan manusia begitulah,tapi kenangan pahit yang pernah kita rasai, memberikan kita kemanisan yang paling dalam bila kita sudah meninggalkannya,kita berjaya bergerak ke arah jalan yang perlu kita lalui yang semua orang pun mahukannya.

Persoalan kehidupan memang tak sama, pada setiap nadi yang mengalirkan jiwa, pada setiap hati yang membuahkan rasa pasti ada bezanya antara kita. Kejayaan kita pada hari ini, kita tak tahu di masa akan datang adakah ada lagi kejayaan yang seperti itu sifatnya. Adakah selepas kejayaan yang kita kecapi sekarang rupanya hanyalah sebuah langkah dari beribu langkah dalam hidup yang mencabar. Debu-debu kehidupan pasti akan memalit habuknya pada wajah-wajah kita semua. Bersedialah anak-anak adam..

Indahnya hidup jika kita tahu apa yang menyeronokkan kita,kita boleh menghiburkan diri kita yang gulana dalam sekelip mata,tapi tak semua orang sama. Ada manusia yang sukar untuk menghiburkan dirinya, kerana dia masih berada dalam peristiwa dan ruang hidup yang dahulu.. mengapa mereka menjadi demikian, kerana mereka gagal untuk memahami bahawa kehidupan bukan hanya ruang-ruang silam, tetapi adalah lebuhraya yang perlu kita tempuh yang kita sudah ada destinasi masing-masing sendiri. .

Kita kadang-kadang tak sedar bahawa masa meninggalkan kita dengan cepat,tapi kita kadang-kadang kita sedar bahawa banyak perkara kita sudah lalui dan alami, mungkin ia akan lebih mematangkan kita,tapi ada yang takut,mengapa perlu takut?.Bukan kita sahaja yang mengalaminya, tapi semua orang.Pelik ada manusia yang tak mahu berubah masih di hantui bayang-bayang aneh hidupnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s