>Badan Bertindak Melayu:Melayu Berpecah atau UMNO?

>Badan Bertindak Melayu yang di adakan selepas kegagalan BN meraih majoriti 2/3 dan hilang 5 negeri merupakan permainan politik pro UMNO .Mengapa setiap kali BN gagal dalam pilihanraya maka Badan ini akan bersuara?, sebelum ini seperti yang kita sedia maklum selepas kegagalan UMNO dan BN pada pilihanraya ke 10, Barisan ini juga di tubuhkan pada masa tersebut di ketuai oleh Ibrahim Ali. Kesimpulannya adakah hanya perlu UMNO dan BN gagal dalam pilihanraya sahaja maka dapat di buat kesimpulan mudah orang melayu berpecah belah?. Adakah selama-lamanya kita hanya di benarkan untuk memangkah BN sahaja dalam pilihanraya dan ini menjelaskan bahawa orang melayu tidak berpecah belah?. Adakah orang Melayu yang tidak menyokong BN di sifatkan sebagai penderhaka kepada bangsa?. Apakah demokrasi yang di fahami oleh orang-orang Badan Bertindak Melayu ini?.
Kita sedar bahawa orang bukan Melayu memang pandai berpolitik berbanding orang Melayu, mereka akan beralih kepada parti lain untuk mendesak perubahan di dalam pentadbiran negara yang mereka rasakan lemah. Namun malangnya, orang melayu gagal memahami sistem pentadbiran yang baik serta tidak celik dalam demokrasi politik. Orang Melayu hanya di benarkan untuk mengundi BN sahaja kerana jika tidak ketuananan Melayu akan hilang. Bagaimana sekiranya jika orang Melayu majoritinya mengundi PAS, dan ini menyebabkan PAS menjadi dominan di antara komponen pakatan rakyat?. Apakah ketuanan melayu akan hilang?. Sebenarnya keadaan yang berlaku sekarang adalah kerana orang melayu tidak berani membuat perubahan. Bagi mereka BN sahaja yang memberi rezeki kepada mereka.
Dalam PRU lepas kesilapan orang melayu adalah mereka tidak menjadi dominan di dalam pakatan pembangkang,dan ini menyebabkan di Perak majoriti Exco adalah terdiri dari kalangan orang bukan melayu. Begitu juga dengan di Selangor di mana kedudukan Exco di antara Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang. Sebenarnya keadaan ini senang sahaja untuk di fahami kerana sudah pastilah mana-mana parti yang mempunyai kerusi yang lebih dalam kerajaan itu harus mempunyai lebih kerusi dalam pentadbiran kerajaan. Bagaimana sekiranya PAS menjadi parti yang mempunyai banyak kerusi di DUN?, sudah pastilah kerusi untuk orang Melayu dalam kerajaan juga akan lebih dari orang bukan Melayu.
Orang-orang UMNO yang mengetuai BN sebenarnya yang menyebabkan orang melayu berpecah belah kononnya. Banyak contoh yang kita boleh lihat. Mereka berebut jawatan menteri besar,mereka berebut menjadi calon pilihanraya,mereka sabotaj parti kerana tidak terpilih menjadi calon,mereka mendesak kerajaan persekutuan menarik balik kemudahan seperti bas Rapid Penang di mana ramai orang melayu menggunakannya dan projek-projek di Pulau Pinang untuk kemudahan rakyat. Mereka menarik balik MOU berkaitan pelancongan dengan kerajaan negeri kerana bagi mereka tidak boleh bekerjasama. Semua ini membuktikan bahawa orang UMNO sebenarnya yang menjadi punca kepada perpecahan Melayu sekiranya Badan Bertindak Melayu mendakwa orang Melayu berpecah belah. Begitu juga pada masa sekarang perebutan jawatan dalam parti dengan sibuk ingin bertanding Ketua Pemuda,Presiden ,memperlihatkan kepada kita siapa sebenarnya yang berpecah belah?,orang melayu atau orang UMNO?.
Badan Bertindak Melayu seharusnya jujur dengan peranan mereka, bukan hanya timbul selepas pilihanraya apabila BN tewas tetapi sentiasa bertindak tidak mengenal masa keadaan dan parti. Seharusnya Badan Bertindak Melayu harus menegur kepimpinan Melayu pada masa kini yang cuba menganaktirikan bangsa mereka sendiri jika tidak sefahaman politik dengan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s