>Pemimpin Berintergriti Pilihan Rakyat

>Pilihanraya umum ke 12 telah berakhir dengan jayanya biarpun masih kedengaran beberapa rungutan tentang ketidaktelusan SPR sebagai satu entiti bebas yang mengawal selia pilihanraya.Dengan jelas rakyat telah menghukum pentadbiran yang tidak berasaskan ketelusan dan tidak mementingkan rakyat secara keseluruhannya.
Ini bermakna rakyat tidak lagi mengagumi idea pembangunan yang sebenarnya hanya pembangunan yang bersifat kosmetik yang sering di gunakan sebagai senjata untuk memungut undi.Adakah rakyat sebenarnya begitu berkehendakkan pembangunan yang hanya di lihat dengan pembinaan projek-projek besar yang hanya menguntungkan tauke-tauke besar?,dan sering pula di lihat tauke tauke besar itu berdampingan rapat dengan pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa.
PAS Kelantan yang telah berjaya mengekalkan negerinya untuk penggal kelima berturut-turut di lihat oleh rakyatnya sebagai sebuah kerajaan negeri yang mempunyai pimpinan yang berintergriti.Pemimpin Kelantan terutamanya Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz,begitu di hormati oleh rakyatnya kerana di lihat mengamalkan corak kehidupan yang sederhana biarpun memegang tampuk pemerintahan negeri. Dengan jelas keesahan yang di beri oleh rakyat kepada kerajaan negeri untuk kali yang kelima ini bermakna pembangunan bukan lagi satu senjata untuk mendapatkan undi,tetapi rakyat mahukan kerajaan yang mempunyai intergriti yang tinggi,kerajaan yang tidak di persoalkan oleh rakyat ketelusannya di sebabkan angkara ketamakan segolongan orang yang berkepentingan dan tamakkan harta dunia.Rakyat juga mahukan kerajaan yang menjaga rakyatnya samada dari segi pembangunan infrasktruktur tetapi juga pembangunan insan yang juga melibatkan kecerdasan emosi dan tidak semata-mata kecerdasan intelektual,dan sebagai sebuah kerajaan yang di pimpin oleh orang Islam,maka pemimpinnya haruslah mempunyai ciri-ciri umat Islam yang bertakwa.
Adakah sebagai sebuah parti orang melayu yang juga mewakili umat Islam,adakah Parti Siasah UMNO mahu merubah pandangan rakyat terhadap mereka?.Mereka haruslah berubah untuk kelangsungan perjuangan mereka,jika tidak mereka akan hanya tinggal sebagai satu sejarah di negara ini.Pemimpin-pemimpin mereka haruslah di pilih di kalangan mereka yang di yakini berintergriti,bermoral dan berahlak sebagai umat islam dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang mempunyai ciri-ciri pemimipin islam yang sejagat.Semoga perubahan yang baru berlaku di negara ini mempunyai hikmah yang tersendiri.Dengan persaingan yang lebih terbuka kini di dalam politik Malaysia,parti PAS kini telah berjaya menonjolkan kepada rakyat apa yang di katakan sebagai pemimpin yang berkualiti,dan UMNO sebagai pesaingnya haruslah bersedia untuk merubah corak kepimpinan untuk terus bersaing.
Di 4 buah negeri yang baru di kuasai oleh Barisan PAS,PKR,DAP haruslah menjaga amanah yang di beri oleh rakyat untuk menjamin kelangsungan mereka.Seharusnya mereka haruslah lebih berintergriti daripada pimpinan dahulu dan tidak mensia-siakan peluang ini.Jika tidak rakyat ada kuasa untuk menghukum,seperti keberanian mereka untuk menghukum Barisan Nasional baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s