>Politik Malaysia dan Arah Tujunya

>Pilihanraya telah berakhir dan keputusan tidak terjangka telah berlaku.Kerajaan BN telah tumbang di 4 buah negeri dan gagal menawan Kelantan. Satu kenyataan yang sukar dan pahit untuk di telan oleh penyokong dan ahli BN tetapi itulah realitinya.Namun sebaliknya, di bahagian Parti Alternatif riak kegembiraan telah tersirna di riak wajah masing-masing di kalangan mereka.Satu kemenangan yang tidak tersangka,tidak di rencana,pada mulanya hanya mengimpikan untuk mengurangkan majoriti 2/3 BN, namun siapa sangka 4 buah negeri telah berjaya di perolehi dan berjaya mengekalkan Kelantan dengan kerusi yang lebih dan majority yang telah bertambah.Satu perubahan yang ada buruk dan baiknya kepada negara. Dengan kemenangan ini, satu persaingan yang sengit akan berlaku di 2 pihak yang bertentangan. Hasilnya kedua dua pihak akan cuba sebaik upaya mereka untuk mempertahankan pemerintahan mereka dan cuba menunjukkan kepada rakyat siapa yang lebih baik di antara mereka.Kesannya rakyat akan memperolehi faedah yang baik.kekuatan pembangkang yang kuat di negeri-negeri BN dan negeri BA akan mewujudkan satu sistem check and balance yang baik faedahya kepada rakyat dari segi ketelusan mereka mentadbir negeri dan negara.Namun sesuatu yang buruk di harap jangan berlaku dalam senario politik semasa. Ini kerana di perhatikan pola pemerintahan kerajaan negeri nampaknya memperlihatkan kurangnya keteguhan wakil melayu dalam kerajaan negeri.Contohnya di negeri Perak pembangkang yang kuat adalah dari Parti Umno yang mewakili BN,manakala di pihak kerajaan negeri berada di sebelah bukan melayu. Ini kerana PAS gagal memenangi banyak Kerusi berbanding DAP dan Keadilan.Biarpun calon PAS menjadi Menteri Besar yang baru,namun umumnya sebagai sebuah parti yang memenangi banyak kerusi di kalangan kerajaan campuran ini, sedikit sebanyak keputusan Menteri Besar seharusnya tidak menafikan orang melayu sebagai rakyat teras di negeri ini.Namun Parti DAP juga tidak seharusnya berbangga dengan kedudukan mereka sebagai sebuah parti yang dominant di Perak,kerana kedudukan mereka juga tidak sekukuh mana jika tiada bantuan dari parti-parti lain khususnya PAS yang mewakili melayu dalam barisan kerajaan.Inilah uniknya senario baru politik di Malaysia yang menunjukkan sesuatu kaum memerlukan kaum yang lain untuk mentadbir negeri. Pada masa ini,seharusnya sikap mementngkan kaum masing-masing haruslah di tolak ketepi untuk masa hadapan Malaysia yang lebih bersatu padu dikalangan masyarakatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s