Layan Lagu Plak…

Posted in General with tags , on June 27, 2008 by yusriwahab

sekali sekala kita kena juga mendengar lagu dan muzik untuk memberikan kita inspirasi dan mendalamkan perasaan yang romantis.. lagu Gigi ni sesuai la untuk orang yang sedang bercinta..

Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Soto Begedil Daging

Posted in makan makan with tags on June 27, 2008 by yusriwahab

Minggu ni adalah minggu soto begedil daging!!..manyak sok oo!!. Mulanya wan budak kelas aku tu yang terjumpa hidangan istimewa tu.Esoknya aku pergi lagi, aku try rasa. Menarik jugak..Kalau nak rasa cuba la datang kat pusat Komuniti Bandar Tun Razak K.L. Nama kedai tu ada di gambar di bawah ni…

Wajah wajah

Posted in General with tags on June 27, 2008 by yusriwahab

10 Model Perniagaan Internet

Posted in Usahawan with tags , on June 13, 2008 by yusriwahab

Perniagaan online memerlukan perancangan, pengetahuan dan juga pengurusan yang mantap untuk berjaya. Salah satu kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet sedia ada di jadikan sebagai model untuk perniagaan internet anda yang pertama ,kedua dan seterusnya.Terdapat 10 model yang di kenal pasti boleh di gunakan untuk perniagaan internet pertama anda.

1. Mini Sites

Tahukah anda bahawa model perniagaan internet ini adalah yang paling popular kerana ianya ringkas dan padat namun berkesan untuk perniagaan internet anda.Di dapati 70% usahawan internet dunia mengaplikasikan kaedah mini sites ini.

Ciri ciri mini sites ialah ia hanya mengkhusus kepada satu produk atau perkhidmatan dan di sertai dengan surat jualan(sales letter) atau muka surat yang panjang untuk mempengaruhi dan memujuk anda membeli produk atau informasi yang di tawarkan.

Dengan menumpukan kepada hanya satu produk di dalam laman web ,anda sebenarnya telah dapat mengelakkan tumpuan pelawat terpesong ke perkara lain plak,anda jugak yang rugi kan?.

Contoh laman web bagi model ini

www.ideaBISNESluarbiasa.com

www.modelbisnesinternet.com

Pengusaha laman web yang yang berpengalaman tidak akan membiarkan bakal pembelinya keluar begitu sahaja dari webnya tanpa meninggalkan sebarang jejak,kerana menurut kajian pelawat tidak akan membuat keputusan membeli pada kali pertama melawat sesuatu laman web.Di sini lah pentingnya anda menyediakan mailing list (opt-in)yang boleh anda berikan mereka apa apa berkaitan dengan produk anda seperti artikel berkaitan produk yang anda jual.Secara tidak langsung anda telah dapat membuat promosi tambahan kepada bakal pembeli anda untuk memujuk mereka membeli produk atau perkhidmatan anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan juga 9 model lain berkaitan dengan perniagaan internet yang boleh di ceburi sila klik di sini

Isu Kenaikan MinyaK(Versi MArah)

Posted in General with tags on June 9, 2008 by yusriwahab

msomelayu.blogspot.com

Mengapalah kerajaan begitu terburu-buru untuk menaikkan harga minyak padahal pada hari yang sebelumnya menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pengguna menyatakan kerajaan hanya akan menaikkan harga minyak pada Ogos ini. Nampaknya terdapat ketidaksamaan pendapat ataupun Pak menteri Sharir Samat terburu buru membuat kenyataan, mungkin ingin menjaga hati masyarakat. Pada keesokan harinya pengumuman yang mengejutkan telah di buat oleh PM merangkap menteri kewangan. Jelasnya kerajaan akan menukar sistem subsidi yang lebih teratur dan tersusun daripada sistem sebelum ini. Sistem subsidi sebelum ini memberikan subsidi kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan mereka. Kononnya dengan sistem ini hanya mereka yang layak mendapat subsidi.

Apa yang di jelaskan oleh kerajaan ialah subsidi akan di bayar kepada pemilik motorsikal sebanyak RM150 setahun bersamaan dengan RM 12.50 sebulan atau RM 0.41 sehari.Maknanya untuk sehari rakyat mendapat 0.15 liter subsidi. Manakala untuk kereta pula subsidi yang di berikan oleh kerajaan ialah RM625 bersamaan dengan RM 52.08 sebulan atau RM 1.70 sehari.Bandingkan pula kepada pengguna berapa banyak yang mereka gunakan untuk sehari adakah cukup 0.41 sen sehari untuk mengisi tangki motorsikal? Nilai yang tidak sampai pun satu sen.Begitu juga dengan kereta adakah mencukupi mengisi dengan RM 1.70. Adakah kabinet yang membuat keputusan ini ada memikirkan dan mengira dengan teliti setiap keputusan yang mereka buat. Satu perkara lagi subsidi ini hanya sehingga Mac tahun hadapan,Selepas itu bagaimana pula kaedah dan sistem yang mereka gula-gulakan di dalam media sekarang ini. Read more »