Kenangan di Dorani Homestay

This slideshow requires JavaScript.

Ni baru balik dari Projek Kajian Luar di Sg Haji Dorani, atau di kenali dengan Dorani Homestay. Pengalaman selama 3 hari,2 malam bersama-sama 60 pelajar lain dengan di iringi oleh 5 orang pensyarah di ketuai oleh En Mahdi Shuib amat menyeronokkan terutamanya kepada pelajar yang tidak pernah merasai suasana berada di kampung berlatarbelakangkan sawah padi.

Selama 3 hari pelbagai aktiviti menarik di adakan antaranya mencanting batik, bergotong royong memasak hidangan makan malam,memancing ikan di parit , night walk dan berbagai bagai lagi aktiviti.

Pengalaman berada di kampung di sawah padi ini tidaklah asing ,kerana saya juga berasal dari kawasan berhampiran di Sekinchan, dan kebetulan rumah juga terletak di sawah, namun pengalaman itu begitu berharga dan bermakna kepada rakan-rakan lain. Terima kasih tidak terhingga saya kepada layannan yang baik dari Wak Selamat sekeluarga yang melayan kami(5 orang) selama 3 hari tersebut dengan menyediakan makanan yang sedap-sedap, di mana setiap pelajar di bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing antara 5 hingga 6 pelajar bagi satu keluarga angkat.

Mengenai Kg Sungai Hj Dorani

Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisional yang telah di buka pada tahun 1916 oleh Tok Panglima Garang.Mempunyai keluasan lebih 2000 meter persegi dengan penduduk seramai lebih 2000 orang. Mempunyai pelbagai keunikan seperti hutan bakau,kebun kelapa,sawah padi dan kebun buah-buahan.Pekerjaan penduduk yang utama adalah petani sawah dan nelayan.

Cara nak Sampai

Kampung terletak di mukim Panchang Bedena,Daerah Sabak Bernam yang jarak dari Kuala Lumpur ialah 130 Km.Boleh pergi ke sini dengan mengikuti Pekan Sg Buloh kemudian ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Pekan Sg Besar merupakan Bandar terhampir.

Mempunyai 30 keluarga yang terlibat dalam projek homestay ini yang dimulakan sejak 1996.

About these ads

6 responses to “Kenangan di Dorani Homestay

  1. Aslm’kum,

    Saya staf Masjid Al-Istiqamah S’pura berura-ura membawa jemaah bersama famili ke sana pada cuti Good Friday April akan datang.
    Hajat ingin menimba pengalaman agar dapat membawa lebih ramai warga S’pura bercuti di kamgung – jauh dari hiruk-pikok kota kami.

    Wassalam,
    Yatie (pangkat mama aje)

  2. best sgt sya baca cite awak stay kat dorani homestay ni. saya pun nak jugak gi sna for my class event. sya student sem akhir hotel mgt uitm t’ganu.

    • minta maaf kerana lambat nak balas komen..kerana lama dah tak update blog…lepas ni mungkin saya akan lebih kerap untuk mengupdate..

  3. Pingback: 404 Not Found

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s